Saturday 6 October 2012

KEHIDUPAN YANG MISTERI

Kehidupan ini memang penuh misteri. Tiada siapa tahu misteri yang bakal kita tempuhi. Kita juga tidak tahu apa yang akan berlaku dikemudian hari. Pelbagai rancangan yang kita rancang untuk masa depan kita. Tetapi sebagai manusia, kita hanya boleh merancang dan Allah yang menentukan. Kita merancangkan kebahagiaan dengan orang yang kita cintai dan sayangi tetapi yang selalu berlaku kita mendapat kebahagiaan dengan orang lain. Hal ini kerana jodoh kita telah tertulis dengan siapa kita akan mendapat kebahagiaan yang sebenar. Jika jodoh kita dengan pasangan kita itu kuat, pasti kita akan meghirup kebahagiaan dengan si dia. Jika tidak, kita perlulah menerima ketentuan takdir bahawa si dia bukanlah pasang kita. Oleh itu, kita berdoalah untuk kebahagiaan si dia dengan pasangannya bukan keburukan si dia dan pasangannya. Kita pasti akan dapat kebahagiaan yang lebih baik daripada pasangan kita tu. Sebagai manusia, kita perlulah sentiasa berfikiran positif terhadap seseorang itu. Kita janganlah menyimpan dendam dengan apa yang berlaku dan membalasnya kepada orang lain yang tidak tahu apa-apa. Mereka tidak berdosa pun dan mereka tidak tahu apa-apa. Walaupun kita kecewa, kita harus fikir sebab apa dia mahu putus dengan kita. Selalunya si dia minta putus hanya untuk kebaikan antara satu sama lain. Bukan untuk kepentingan diri sendiri.

"JADI UNTUK MENDAPATKAN KEBAHAGIAAN DIKEMUDIAN HARI, KITA PERLULAH SABAR DENGAN APA SAHAJA CABARAN YANG BAKAL KITA TEMPUHI. KITA JANGANLAH MENJADI SEORANG INSAN YANG LEMAH YANG TIDAK SANGGUP MENERIMA APA YANG TERJADI. JIKA APA YANG BERLAKU ADALAH UNTUK KEBAIKAN KITA TERUSKAN. JIKA IANYA ADALAH KEBURUKAN, KITA FIKIRLAH UNTUK MENUKARKANNYA MENJADI KEBAIKAN"