Friday 17 February 2012

CINTA SEJATI



   Cinta sejati adalah untuk seseorang yang tulus ikhlas dan menerima segala keadaan diri pasangannya. Cinta ini tidak boleh dipermainkan. Di dalam dunia ini, kita sangat sukar untuk mencari cinta yang tulus yang lahir dari dalam hati. Kebanyakan pasangan bercinta hanya mahu memanfaatkan segala-galanya terhadap diri pasangannya. Bagaimana mahu mencari cinta yang tulus lahir dari dalam hati? Itu hanya kita dan Allah sahaja yang tahu sama ada cinta si dia tulus atau tidak.


   Sebelum menemui cinta sejati, kita pasti akan menempuhi pelbagai dugaan dari Allah. Hanya Allah sahaja yangmengetahui pasangan kita yang sebenar. Kita sebagai manusia perlu berdoa dan berusaha untuk mencari cinta kita. Jika kita hanya sekadar berdoa sahaja dan tidak berusaha, kitapasti tidak akan menemui pasangan kita.Hal ini kerana pasangan kita tidak akan muncul begitu sahaja.


   Jika kita mendapat pelbagai dugaan dalam bercinta, kita haruslah bersabar dan sanggup menempuhi dugaan itu. Memang tidak dapat dinafikan bahawa tidak ramai yang sanggup menempuhi itu semua. Setiap apa yang berlaku terhadap pasangan bercinta, itu semua tentu ada hikmah dan kebaikan di kemudian hari.


   Kita janganlah mempermainkan perasaan pasangan kita, Jika kita mempermainkan perasaan mereka, kita mungkin tidak akan berjumpa dengan orang yang sebaik dan setulus seperti pasangan kita yang dahulu. setiap apa yang kita lakukan ke atas pasangan kita, kita tentu akan mendapat balasannya. Pada waktu itu, kita hendak menyesal sudah tidak berguna lagi. Seperti kata pepatah "terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata tidak berguna lagi." Kepada pasangan yang telah dipermainkan, semoga anda banyak-banyak bersabar. Mungkin selepas ini kita pasti akan mendapatkan pasangan yang lebih baik daripada bekas pasangan kita yang lama.


   Jika pasangan kita meminta putus kerana hal yang tidak dirancang oleh kita, kita hendaklah menerimanya dengan hati yang terbuka dan kita jangan sesekali mempunyai fikiran yang negatif. Hal ini kerana kita hanya boleh merancang dan Allah yang menentukan segala-galanya. Jika jodoh kita dan pasangan masih kuat dan utuh, kita pasti akan bersatu juga dengan pasangan kita. tetapi jika tiada jodoh, kita haruslah mendoakan kebaikan untuk pasangan kita.


   Kepada pasangan yang bercinta, anda hendaklah menghargai pasangan anda. Anda janganlah mempermainkan si dia. Anda pasti tidak akan menemui orang seperti pasangan anda itu. Sebagai manusia juga, anda haruslah mencintai dia kerana Allah bukan hanya sekadar suka-suka sahaja. Seperti kata pepatah "habis madu, sepah dibuang."


PERKARA INI PERLU DIINGAT OLEH SEMUA UMAT ISLAM IAITU CINTA YANG UTAMA UNTUK ALLAH, KEDUA UNTUK IBU BAPA, KETIGA UNTUK KELUARGA DAN YANG KEEMPAT BARU KEKASIH.