Monday 30 April 2012






To all my friends love.
I hope we will be friend forever and you all do not forget about everybody.


LOVE YOU ALL....

Saturday 28 April 2012

Cinta Bersatu Liyana Jasmay





Lagu ini khas untuk seseorang yang pernah saya cintai.
Terima kasih kerana awak tulus mencintai diriku.
Awak sanggup menerima apa sahaja tentang diriku.
Awak sangat memahamiku.
Awak segala-galanya daripada gerak geri saya.
Awak sangat berharga kepada diriku ini.
Saya sangat gembira saat bersama awak.
Segala apa yang awak buat pasti akan mencuit perasaan saya.

Saya harap perasaan kita akan kekal untuk selama-lamanya.
Awak sangat sempurna bagiku.
Tidak akan kurang walau sedikit pun.




Copy from http://penpatah.blogspot.com

Masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu diberi perhatian diawal perkenalan dengan pasangan masing masing. Untuk seseorang wanita memilih lelaki yang bersesuaian dengan mereka adalah merupakan satu proses yang sukar. Ia amat berbeza dengan pemilihan lelaki yang lebih mengutamakan kecantikan fizikal.
Faktor ini lebih merumitkan jika ianya melibatkan mengenai soal pemilihan pasangan hidup. Jadi, apakah tanda-tanda teman lelaki anda tidak sesuai untuk anda jadikan pasangan hidup.?
  • Dia selalu lewat ketika ingin berjumpa dan kadangkala tidak muncul langsung. Dia selalu memberi janji manis dan mengharapkan anda percaya sedangkan dia tidak pernah tunaikan janjinya. Jangan lihat apa yang lelaki tersebut kata sebaliknya lihat apa yang lelaki tersebut lakukan untuk anda
  • Anda tidak gembira apabila bersama dengannya kerana dia tidak tahu bagaimana hendak melayan anda dengan baik
  • Dia selalu bercerita mengenai perempuan lain di hadapan anda tanpa mengambil kira apa yang anda rasa
  • Dia selalu bermain sms ketika bersama dengan anda. Apabila anda tanya dengan siapa dia bersms, dia akan kata kawan atau urusan tertentu. Ingat, lelaki ini licik. Lagipun, dia lebih rela melayan sms dari melayan anda yang berada di hadapannya. Jadi, siapa yang lebih penting sekarang?
  • Anda telah selalu keluar bersama tetapi anda tidak tahu perkara peribadi mengenai dia. Antaranya anda tidak tahu impian dia atau dia selalu menyembunyikan perkara tertentu dari anda
  • Dia selalu terlepas perkara penting seperti hari jadi anda atau appointment penting
  • Dia selalu cemburu akan tindakan anda tetapi apabila anda ajak berkahwin, dia akan berikan 1001 alasan. Selain itu, dia juga selalu elakkan diri dari bersembang hal perkahwinan
Perbalahan mungkin berlaku disebabkan petanda-petanda yang ditunjukkan. Tidak kira sebesar mana perbalahan yang berlaku. Pasangan yang menjadi punca harus bersikap terbuka untuk meminta maaf dan tidak melakukan perkara yang sama. Jika perkara ini berterusan dan pasangan anda tidak juga berubah, perpisahan adalah jalan terbaik bagi mengelakkan masalah dimasa hadapan.

Samson - Kenangan Terindah Video Clip









Lagu ini telah menyebabkan saya mengingati segala kenangan saya bersama si dia.
Kami bercinta tidak sampai 1 tahun kerana keluarga saya tidak membenarkan saya bercinta.
Keluarga saya suruh saya menumpukan kepada pelajaran.
Selepas saya habis belajar baru boleh bercinta.

Pada mulanya dia tidak mahu memutuskan hubungan kami.
Tetapi saya lakukan ini semua untuk kebaikan kami juga.
Pelbagai cara saya buat supaya dia dapat melepaskan saya.
Akhirnya dia terima juga kenyataan ini.
Kami hanya putus untuk sementara waktu sahaja.
Jika kami ada jodoh, kami pasti akan bersama.
Kami hanya boleh berdoa dan berusaha untuk mempertahankannya.
Tetapi Allah yang boleh menentukan segala-galanya.

Saya harap dia sanggup menunggu saya sampai saya habis belajar.
Kalau dia tidak boleh menunggu saya, saya redha.
Mungkin kami sudah tiada jodoh untuk bersama.
Saya mendoakan semoga dia bahagia dengan pasangan pilihan hatinya itu.
Segala kenangan-kenangan yang lalu akan tetap tersemat di dalam hati saya.


Friday 27 April 2012

 

Kenapa korang tidak mahu berkawan dengan saya lagi?
Apa salah saya pada korang sehingga korang menjauh diri dari saya?
Jika saya ada membuat salah dengan korang tanpa saya sedari,
saya harap sangat yang korang akan maafkan saya.
Tolonglah bagitahu saya apa salah saya dekat korang.
Kita ini manusia biasa yang sering melakukan kesalahan tanpa kita sedari.

Saya dapat merasakan pada tahun ini keserasian kita sudah tiada lagi.
Kita sudah tidak seperti dahulu lagi.
Kalau dahulu kita sering bergelak ketawa bersama tapi sekarang sudah tiada.
Saya berharap sangat yang persahabatan kita akan kekal lama.
Tapi itu semua hanya angan-angan saya yang tidak mungkin akan menjadi kenyataan.
Saya harap saya akan berjumpa kawan yang setia bersama saya saat suka dan duka.
Kawan yang sama perangai dengan korang mungkin saya tidak akan jumpa lagi.
Mungkin pada masa hadapan saya akan berjumpa pelbagai kerenah dalam persahabatan.
Pada masa sekarang memang saya tidak nampak banyak kerenah
sebab saya duduk dalam perkampungan dan saya ini seorang yang pendiam.