Wednesday 6 June 2012

LUAHAN HATI


Apa khabar semua...
Saya rasa sangat tertekan sekarang ini.
Ada banyak masalah dalam kepala saya ini.
Saya tidak tahu mahu berkongsi dengan siapa.
Lagipun saya berasa segan dan tidak berani untuk berkongsi dengan kawan-kawan.
Walaupun saya tahu kawan-kawan saya akan tetap setia bersama saya.
Saya cuba melindungi masalah saya daripada kawan saya.
Sampai bila saya boleh tahan saya akan tahan juga.
Setiap hari akan datang masalah yang sama.
Saya sudah penat dengar semua itu.
Dahlah tahun ini saya menghadapi peperiksaan yang penting dalam hidup.
Peperiksaan ini akan menentu masa depan saya.
Saya anggap semua masalah yang hadir pada hari ini ada hikmah yang akan berlaku dikemudian hari.
Semua orang mahukan kegembiraan bukan.
Siapa yang tidak mahukan kegembiraan.
Tetapi kegembiraan itu hanya datang sementara sahaja dalam hidup ini.
Saya tidak sangka yang saya akan kehilangan orang yang paling saya sayang.
Saya tidak mengharapkan semua ini akan berlaku.
Saya berharap sangat orang yang saya sayang akan kembali semula dalam hidup saya.
Saya tahu dia tidak sanggup berbuat begitu pada kami.
Ini semua sebab pengaruh luar.
Ini sahaja yang dapat saya kongsi dengan kalian semua.



No comments: