Saturday 28 April 2012

Samson - Kenangan Terindah Video Clip









Lagu ini telah menyebabkan saya mengingati segala kenangan saya bersama si dia.
Kami bercinta tidak sampai 1 tahun kerana keluarga saya tidak membenarkan saya bercinta.
Keluarga saya suruh saya menumpukan kepada pelajaran.
Selepas saya habis belajar baru boleh bercinta.

Pada mulanya dia tidak mahu memutuskan hubungan kami.
Tetapi saya lakukan ini semua untuk kebaikan kami juga.
Pelbagai cara saya buat supaya dia dapat melepaskan saya.
Akhirnya dia terima juga kenyataan ini.
Kami hanya putus untuk sementara waktu sahaja.
Jika kami ada jodoh, kami pasti akan bersama.
Kami hanya boleh berdoa dan berusaha untuk mempertahankannya.
Tetapi Allah yang boleh menentukan segala-galanya.

Saya harap dia sanggup menunggu saya sampai saya habis belajar.
Kalau dia tidak boleh menunggu saya, saya redha.
Mungkin kami sudah tiada jodoh untuk bersama.
Saya mendoakan semoga dia bahagia dengan pasangan pilihan hatinya itu.
Segala kenangan-kenangan yang lalu akan tetap tersemat di dalam hati saya.


No comments: